CARDIFF - Pengurus kelab bola sepak Cardiff City, Malky Mackay telah
dipecat pada hari ini sehari selepas kelab Wales itu tewas 0-3 kepada
Southampton.
Pemergian pengurus yang berusia 42 tahun itu telah dijangka apabila
pemilik kelab tersebut, Vincent Tan, menghatar e-mel berbaur desakan
kepadanya sama ada mahu meletak jawatan atau dipecat.
Melalui kenyataan rasmi laman web Bluebirds itu: "Lembaga Pengarah di
Kelab Bola Sepak Cardiff City telah bersetuju memecat Malky Mackay
daripada jawatannya.
"Pengurus baharu yang dilantik untuk menggantikan beliau akan diumumkan dalam jangka waktu terdekat."
Kekalahan semalam telah meletakkan kelab yang dimiliki oleh bilionair
Malaysia itu hanya lebih satu mata daripada zon penyingkiran. - AFP
No comments:
Post a Comment