AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Tuesday, June 15, 2010

Cabaran getir buat Ivory Coast


 
DROGBA (kanan) belum pasti diturunkan dalam kesebelasan utama Ivory Coast pada perlawanan menentang Portugal di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth malam ini.





PORT ELIZABETH - Ivory Coast berdepan cabaran sukar menghadapi Portugal pada aksi sulung Kumpulan G malam ini dengan kemungkinan besar penyerang utama mereka, Didier Drogba tidak dapat diturunkan.

Pertembungan tersebut cukup penting bagi menentukan pasukan mana yang akan layak dari kumpulan maut itu yang turut dihuni juara lima kali, Brazil dan pasukan penuh misteri, Korea Utara.


Bagi Portugal, ramai pemerhati mahu melihat sejauh mana kemampuan Cristiano Ronaldo yang mempamerkan aksi cemerlangnya ketika bersama Real Madrid setelah hanya beraksi di bawah tahap sebenar sepanjang kempen pusingan kelayakan.


Namun bagi Ivory Coast pula, biarpun memiliki ramai pemain berbakat mereka tetap merasai kehilangan inspirasi Drogba yang meledak 37 gol bersama Chelsea sepanjang musim lalu dalam usaha mereka melangkah ke pusingan kedua buat kali pertama.


Drogba sudah pun kembali berlatih se- lepas menjalani pembedahan setelah lengannya patah pada aksi pemanas badan 4 Jun lalu tetapi jurulatih Ivory Coast, Sven-Goran Eriksson masih berteka-teki berhubung kedudukannya.


Kolo Toure yang bakal menggalas tugas sebagai kapten Ivory Coast pada malam ini jika Drogba tidak diturunkan berkata, dia yakin pemain-pemain muda seperti Salomon Kalou dan Seydou Doumbia mampu menampung ketiadaan Drogba.


"Skuad Ivory Coast ini dibarisi beberapa pemain bertaraf dunia tetapi bola sepak masih merupakan permainan berpasukan.


"Sejak Eriksson mengambil alih pasukan ini, beliau telah cuba untuk membentuk satu pasukan yang mantap dan kami sedang menuju ke arah itu," kata Toure.


Eriksson begitu mengenali kemampuan Portugal setelah bekas pasukan bimbingannya, England tewas dua kali kepada Portugal pada peringkat suku akhir Euro 2004 dan Piala Dunia 2006. - Reuters

(sumber : Kosmo)

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!