Saturday, June 19, 2010
Vuvuzela: China kaut untung
Pengilang sukar penuhi permintaan tinggi Asia
BEIJING: Vuvuzela yang mencetus bunyi bingit di Piala Dunia Afrika Selatan kini menjadi ‘lombong emas’ buat pengilang di China dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli di negara Asia.
Jualan hon plastik berbunyi kuat di China dan di negara lain di seluruh dunia meningkat, dengan pengilang menghadapi kesukaran memenuhi permintaan dengan bekalan dikatakan sudah habis menurut laman web China.
Akhbar kerajaan China, Global Times berkata hampir 90 peratus vuvuzela Afrika Selatan – yang mengeluarkan bunyi ibarat sekumpulan lebah serta menimbulkan rungutan peminat, pemain dan stesen penyiar – dihasilkan di China.
Sebuah syarikat, Jiying Plastic Product Corp yang berpangkalan di wilayah timur Zhejiang, sudah menjual lebih sejuta hon pada empat bulan pertama tahun ini, kebanyakan ke Afrika Selatan dan sambutan terus meningkat.
“Kami bercadang menghasilkan 300,000 ke 500,000 lebih memasuki peringkat Piala Dunia,” kata pengarah pemasaran syarikat, Wu Yijun. Syarikat itu menghasilkan 37 jenis vuvuzela, pada harga borong dua yuan (92.8 sen), katanya. Peminat di China dan penjual juga dilanda demam vuvuzela.
“Bermula pada Mei, kami menerima permintaan domestik untuk 150,000 vuvuzela. Sebelum itu semua vuvuzela yang dihasilkan adalah untuk eksport,” kata Wu. – AFP
(source : Bharian online)
Labels:
vuvuzela
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment