AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Saturday, August 14, 2010

Penyatuan Proton, Perodua ke Kabinet

PETALING JAYA 13 Ogos - Hasil perbincangan antara Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) ke arah penyatuan operasi akan di bawa ke Kabinet tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, maklum balas itu dikemukakan kepada kerajaan untuk membolehkannya menentukan hala tuju kedua-dua syarikat berkenaan dalam industri automotif negara.

"Penyatuan ini bukan bermakna Proton akan menguasai Perodua atau sebaliknya tetapi ia hanya berkisar kepada tumpuan bagaimana untuk menjadikan industri automotif tempatan lebih berdaya saing,"

"Malah Proton dan Perodua sebelum ini pernah bekerjasama di mana Perodua telah membekalkan komponen kepada kami, bagaimanapun kerjasama ini mungkin dilihat lebih kepada penyatuan pembekal komponen, perkongsian peralatan dan teknologi serta kepakaran,' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian program realiti televisyen, Idea: Cabaran Pelabur Malaysia di sini hari ini.

Cadangan penyatuan itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-25 Proton pada 9 Julai lalu.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri mahu melihat industri automotif tempatan yang dikuasai oleh Proton dan Perodua dapat bekerjasama bagi membolehkan daya saing dan kompetitif dapat ditingkatkan.

Syed Zainal menjelaskan apa yang ditekankan ketika ini ialah penyatuan dan bukannya penggabungan dan langkah seterusnya akan ditentukan oleh kerajaan.

Katanya, penyatuan itu bukan sahaja di peringkat atas tetapi di semua peringkat termasuk vendor dan perlu mempunyai piawaian tertentu bagi kebaikan semua pihak.

Namun begitu beliau tidak dapat menyatakan sebarang tempoh masa untuk perbincangan itu diselesaikan kerana kerajaan perlu memberi isyarat sama ada Proton dan Perodua boleh meneruskan perbincangan lanjut.

Beliau bagaimanapun, berharap semuanya dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

(Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!