AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Friday, June 5, 2009

Appey Rowenna Unduk Ngadau 2009

APPEY Rowenna Januin (tengah) diapit oleh Pearl Dianne Petrus (tiga dari kanan) dan Joanne Kimberly J. Majalap (tiga dari kiri) serta pemenang lain selepas diumumkan sebagai Unduk Ngadau 2009 di Penampang.

PENAMPANG 1 Jun - Appey Rowenna Januin yang mewakili Papar dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau 2009 iaitu pertandingan ratu cantik paling berprestij sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, semalam.


Appey mengetepikan 40 jelitawan lain sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM32,000 dalam pertandingan yang disaksikan kira-kira 10,000 masyarakat berbilang kaum.


Melalui kemenangan itu, Appey menerima sebuah trofi emas, mahkota, wang tunai RM3,500, selendang dan tajaan biasiswa RM25,000 untuk pengajian ke Institut Pelancongan Asia.


Appey turut menerima tiket penerbangan pergi-balik ke Hong Kong, produk barangan hamper, anting-anting emas, telefon mudah alih 3G Sony, produk kecantikan dan rawatan kecantikan bernilai RM500.


Tempat kedua pula menjadi milik Pearl Dainne Petrus yang mewakili Kota Kinabalu manakala tempat ketiga dimenangi Joanne Kimberley J. Majalap dari Penampang.


Dainne melangkah pulang dengan sebuah trofi, wang tunai RM2,500, tiket penerbangan pergi-balik ke Manila, Filipina, produk barangan dan kecantikan, anting-anting emas, telefon mudah alih 3G Sony dan rawatan kecantikan bernilai RM500.


Sementara Kimberley pula meraih sebuah trofi, wang tunai RM1,500 dan turut menerima hadiah lain yang diperoleh Dainnne.


Mahkota dan hadiah-hadiah berkenaan disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah iaitu Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar.


Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan dan menteri-menteri Kabinet Sabah.


Tempat keempat pula dimenangi oleh peserta dari Kiulu, Flina Rutum manakala tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing diraih oleh Jacgueline Joseph (Keningau), Fredericka Camilla Richard Daut (Tuaran) dan Elinna Musiun (Likas).


Pada kali ini, hampir 40 peserta dari seluruh Sabah layak ke peringkat akhir dan pertandingan tersebut diadili para pengadil yang profesional dan berpengalaman.


Selain kecantikan, peserta turut dinilai melalui pengetahuan am dan kelebihan masing-masing contohnya boleh bertutur lebih satu bahasa serta mampu menjawab soalan pengadil dengan tepat.



No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!