SANDAKAN: "Titi memang kuat... sebelum ini tak pernah goyang. Saya pun hairan macam mana Ansari dan kawan dia boleh jatuh. Mungkin naik terlampau ramai, sebab itulah ia runtuh."
Itulah penjelasan pemilik rumah di Kampung Gas Baru, dekat sini, Raja Rani, 47, mengenai titi yang menyambungkan pelantar pejalan kaki dengan rumahnya yang runtuh ketika dilalui calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dan empat lelaki jentera pilihan raya kecil PKR, kelmarin.

Raja berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu, beliau berada di Tawau dan hanya tahu kejadian itu apabila pulang pagi semalam selepas dimaklumkan oleh isterinya. Sementara itu, Ansari pada sidang media di Pejabat PKR Cabang Batu Sapi di Bandar Leila, berkata beliau terpaksa mendapatkan rawatan dan menjalani X-ray di Hospital Duchess of Kent, di sini selain rawatan tabib untuk memasukkan semula urat bahunya yang terseliuh, tetapi bertegas beliau akan terus berkempen.
(Sumber : Berita Harian)

No comments:
Post a Comment