Lebih 500 penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), PAS dan DAP mengiringi calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah yang berarak sejauh kilometer membawa sepanduk dan kain rentang dari Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Ramai-Ramai ke Dewan Masyarakat Sandakan.
Ansari, 54, adalah Ketua Cabang Tuaran dan juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama pimpinan Pakatan Rakytar termasuk Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Beliau bersama wakil calon, pencadang dan penyokong masuk ke pusat penamaan calon tepat pukul 8.57 pagi.
Pemimpin lain yang kelihatan bersama ratusan penyokong Pakatan Rakyat ke pusat penamaan calon termasuk Ahli Parlimen Kuantan selaku Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh, Exco-Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Elizabeth Wong, Ahli Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Chua Jui Meng, Penasihat KEADILAN Sarawak, Datuk Seri Habsah Harun, Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew serta Ketua Cabang Batu Sapi Hassnar Ebrahim.Dr Wan Azizah bersama pimpinan Pakatan Rakyat sempat berkunjung ke kem yang menempatkan pemimpin Barisan Nasional untuk menunjukkan semgat perpaduan sebagai warga Malaysia walaupun berbeza ideologi politik.
Dr Wan Azizah kelihatan berbual mesra dan bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, tan Sri Muhyiddin Yassin, serta Menteri-menteri Pusat termasuk Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk V. Kaveas.
PRK Batu sapi diadakan berikutan kematian penyandang dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dari BN, Datuk Edmund Chong dalam satu kemalangan jalanraya di Tanjung Aru 8 Oktober lalu.

Setakat ini PRK Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Rakyat, BN dan datuk Seri Panglima Yong teck Lee, Presiden Parti Maju Sabah (Sapp).
(Sumber : http://suara-keadilan.com)


No comments:
Post a Comment