ROSNAH Mat Aris sememangnya pelakon hebat! Walaupun filem 4 Madu arahan Prof Madya A Razak Mohaideen dibintangi pelakon wanita jelita dan popular, namun ia sama sekali tidak mengetepikan kemampuan pelakon lama yang berpengalaman seperti Rosnah.
Kehadiran Rosnah yang memegang watak Suriati, isteri tua bersuara sengau dilihat `memukul' pelakon yang lain. Watak Suriati lebih menonjol, ditambah lagi gelagat lucunya di sisi Saiful Apek sering membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak. Jelas, Rosnah berjaya dalam permainan wataknya walaupun dikelilingi tujuh `bunga' yang lebih muda dan popular.
ROSNAH Mat Aris sememangnya pelakon hebat! Walaupun filem 4 Madu arahan Prof Madya A Razak Mohaideen dibintangi pelakon wanita jelita dan popular, namun ia sama sekali tidak mengetepikan kemampuan pelakon lama yang berpengalaman seperti Rosnah.
Selain Rosnah dan Saiful Apek yang memegang dua watak, Azlan dan Azrul, filem 4 Madu terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures turut dibintangi Rozita Che Wan selaku Qasidah, Ayu Raudhah (Latifah), Bienda (Vina), Almy Nadia (Jaja), Sazzy Falak (Jane), Marsha Milan Londoh (Zara) dan Fasha Sandha (Ros). Turut membantu, Datuk Rahim Razali dan Abdul Latiff Mohaideen.
Garapan A Razak kali ini bukan mahu meniru karya agung Tan Sri P Ramlee iaitu filem Madu 3, jauh sekali menjadikannya filem sekuel tetapi mungkin boleh dianggap sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan filem terbarunya itu. Hakikatnya, judul dan mungkin jalan cerita kelihatan agak sama tetapi filem `Madu 3' dan `4 Madu' jelas berbeza.
Perbezaannya sudah tentu dari segi bilangan isteri yang ditonjolkan. Kalau filem Madu 3 menampilkan keletah tiga isteri, sebaliknya filem 4 Madu pula, bukan empat isteri seperti yang difikirkan tetapi lapan isteri. Jalan ceritanya pula berbeza dan memuatkan mesej yang berguna buat mereka yang hidup berpoligami. Filem 4 Madu sudah pasti mengajak penonton berfikir baik buruk apabila beristeri ramai.
Ada wanita yang inginkan kesempurnaan dan kemewahan dalam hidup dan tidak kisah hidup bermadu asalkan dilimpahi gemerlapan intan permata. Selepas mendapat apa yang dikehendaki, suami sanggup diketepikan. Bagaimanapun, ada pula wanita yang sanggup berkongsi kasih dan bersabar. Kata orang, mengalah tidak bererti kalah. Inilah gambaran jelas dalam filem 4 Madu.
Melihat saja nama Saiful sebagai bintang utama filem 4 Madu, gambaran komedi memang tidak terlepas dari bayangan. Sukar menidakkan kemampuan Saiful, walaupun baru saja dibelenggu episod hitam yang cukup memberi tamparan pada kehidupan dan kerjaya lakonannya, namun Saiful tetap Saiful. Dia masih hebat, gelagatnya masih lagi membuatkan penonton ketawa berdekah-dekah walaupun adakala kelihatan sama seperti filem sebelumnya. Apa lagi yang dapat mengubah Saiful, itulah identiti dirinya!

Bagaimanapun, Saiful sedikit tercabar dengan dua karakter selaku Azlan dan Azrul. Wajahnya sama, tetapi karakter tidak serupa. Dan filem 4 Madu membuktikan lakonan Saiful tidak mengecewakan. Mungkin Saiful berdepan dengan kekeliruan karakter Azlan, Azrul dan dirinya sendiri, namun sedikit kekurangan tidak mencacatkan keseluruhan lakonannya.
Apabila dikelilingi lapan `bunga', Saiful mampu mewarnai lakonannya. Dengan telatah dan keletah yang berbeza, Saiful berusaha mencari keserasian dengan lapan wanita yang bergelar isteri. Bukan kerja mudah, apatah lagi ada antaranya tidak pernah bekerjasama dengan Saiful sebelum ini.
Selain Rosnah, lakonan Bienda dan Sazzy memberi tamparan buat pelakon lain. Walaupun Bienda dan Sazzy pertama kali bergandingan dengan Saiful, namun karakternya cukup menggeletek hati. Bienda berjaya dalam kekecohannya bercakap dalam loghat Kelantan, manakala Sazzy cukup menjadi dengan slanga `mat salih'.
Lakonan Rozita, Ayu Raudhah, Almy dan Marsha tidak mengecewakan, mereka punya cara tersendiri untuk menarik perhatian penonton. Bagaimanapun, lakonan Ayu yang sering ketawa mengilai-gilai mungkin akan membuatkan penonton meluat. Nyata Ayu mampu membuatkan penonton meluat.
Hakikatnya, 4 Madu mampu membuatkan golongan lelaki yang ingin beristeri ramai akan sedar, apakah semua isteri itu ikhlas untuk bersama mereka dalam susah atau senang? Atau sekadar inginkan harta! Wanita selalunya memang tidak lari daripada sikap materialistik, kosmetik dan plastik...
Sinopsis
MENGISAHKAN Azlan dan Azrul yang tidak pernah tahu mereka adalah adik beradik tiri. Bapanya, Haji Taib yang meninggal dunia 18 tahun lalu adalah ahli perniagaan berjaya dan meninggalkan harta sebanyak RM160 juta. Pada tarikh 10 Oktober 2010, rahsia didedahkan. Selama ini, mereka ingat mereka adalah anak tunggal kerana Haji Taib tidak pernah mendedahkan rahsia berkahwin dua dan harta dimiliki.
Haji Taib meninggalkan harta berupa aset seperti resort, pulau dan hutan simpan yang dimiliki. Azlan dan Azrul adalah waris harta kekayaannya itu, tetapi mereka perlu melalui ujian sebelum menerima harta. Jika mereka gagal melaksanakannya, segala harta akan diserahkan kepada Amanah Rakyat.
Azrul sebelum ini sudah berkahwin dengan Qasidah, tetapi akibat suka berhutang dan menipu isteri, Qasidah minta cerai. Azlan pula masih belum berumahtangga tetapi sudah mempunyai kekasih buta, Ros. Ujian pertama, Azlan dan Azrul diberikan sebuah banglo, kereta dan wang tunai sebanyak RM10,000.
Mereka perlu berkahwin dengan anak yatim dalam tempoh tiga minggu. Dengan bantuan pembantu mereka, Jaja dan Juju, akhirnya Azlan dan Azrul bertemu dengan anak yatim. Azlan berkahwin dengan anak dara tua bersuara sengau, Suriati, manakala Azrul bernikah dengan Latifah, gadis cantik tetapi suka ketawa mengilai.
Mereka perlu berdepan ujian kedua iaitu menikahi gadis buta. Azlan memilih untuk berkahwin dengan kekasihnya, Ros, manakala Azrul meneruskan pencariannya. Tanpa diduga, pembantunya, Juju cuba menipu apabila meminta seorang teman, Vina berlakon menjadi buta untuk mendapatkan habuan RM1 juta. Bagaimanapun, tembelang Vina terbongkar dan Juju disingkirkan.
Azrul dan Azlan buntu apabila melalui ujian ketiga apabila mereka diminta mencari janda untuk dijadikan isteri. Azrul akhirnya memilih pembantunya, Jaja manakala Azlan pula secara kebetulan bertemu gadis kacukan Melayu-Inggeris, Jane. Walaupun materialistik, Jane, seorang gadis yang baik. Ujian terakhir, mereka boleh memilih mana-mana gadis yang disukai untuk dijadikan isteri.
(Sumber : 05/09/2010, Berita Harian Online)

No comments:
Post a Comment