AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Thursday, September 18, 2008

BN Sabah tidak akan lemah

KOTA KINABALU 17 Sept. - Keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk keluar daripada parti Barisan Nasional (BN) tidak akan menjejaskan kedudukan BN Sabah.

Para pemimpin komponen BN turut menyifatkan, tindakan SAPP itu bukan suatu yang mengejutkan selepas pemimpin parti tersebut sebelum ini menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha Agung BN Sabah, Datuk Karim Bujang berkata, perkara itu memang dijangkakan oleh banyak pihak berdasarkan tindak-tanduk SAPP yang dilihat tidak lagi sesuai berada dalam komponen.

"BN tidak berada dalam keadaan goyah dengan keputusan ini. Tidak ada sebab untuk risau kerana SAPP merupakan parti komponen yang agak kecil dalam keluarga BN.

"Bagaimanapun, ini adalah keputusan SAPP sendiri dan BN Sabah menghormatinya kerana mereka juga pernah berjuang bersama-sama BN ketika awal penubuhan SAPP dulu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Karim menyifatkan apa yang berlaku bukan perkara baru dan telah menjadi lumrah dalam politik sesuatu parti itu bersatu dan berpisah dengan menganggap tindakan SAPP ibarat 'pasangan bercerai'.

Menurut beliau, pihaknya yakin SAPP mempunyai sebab tersendiri sehingga mengambil keputusan keluar BN.

Sementara itu, Parti Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yakin kehilangan satu parti komponen BN tidak akan melemahkan BN di Sabah.

Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing berkata, setiap parti dalam komponen BN harus memberikan fokus kepada usaha untuk mengukuhkan parti.

"SAPP telah membuat keputusan dan mereka berhak berbuat demikian. Bagi UPKO ia bukanlah keputusan yang mengejutkan banyak pihak.

"Dalam hal ini, semua pihak perlu bertenang kerana tindakan keluar BN adalah kehendak SAPP sendiri," ujarnya.

Bumburing berkata, ketika ini perkara yang paling penting ialah usaha berterusan untuk mengukuhkan perpaduan dalam BN dan membantu rakyat.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V.K Liew berkata, tindakan keluar BN merupakan keputusan majoriti parti itu dan bukan oleh individu.

"Sejak daripada awal lagi SAPP sudah memberikan tanda-tanda tidak mahu meneruskan perjuangan dalam BN dan lebih serius lagi apabila Presidennya, Datuk Yong Teck Lee membuat pelbagai kenyataan," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, keputusan keluar BN adalah kerugian besar kepada parti itu memandangkan SAPP telah berjuang bersama-sama BN sejak 1994 lagi.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!