AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Monday, December 29, 2008

Carrefour perkenalkan pasar raya hiper kompak tahun depan

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Carrefour Malaysia, pengendali pasar raya hiper kedua terbesar di Malaysia, mengubah strategi perniagaan dengan mula memperkenalkan pasar raya hiper bersaiz lebih kecil daripada biasa di seluruh negara tahun depan.

Pengarah Serantau, Eric Garcia berkata, pasar raya yang baru ini sama konsepnya berbanding sedia ada tetapi berbeza daripada segi saiz dan juga barangan.

''Kami telah penilaian dan mendapati pasar raya hiper yang besar saiznya seperti cawangan kami di Wangsa Maju terlalu memenatkan. Jadi, kami memutuskan untuk membuka pasar raya hiper yang hanya berkeluasan antara 2,000 meter persegi hingga 7,000 meter persegi.

''Kami juga melihat pasar raya kompak ini juga mampu memberikan lebih banyak potensi,'' katanya selepas pembukaan pasar raya tersebut ke-16 di Tropicana City Mall di sini Sabtu lalu.

Pasar raya hiper bernilai RM21 juta dibina bagi menampung keperluan kira- kira 134,000 orang penduduk di kawasan sekitar.

Pasar raya hiper kompak pertama akan dibuka di USJ 19, Subang Jaya yang bernilai RM4 juta pada Januari depan, kata Garcia.

Perbezaan utama pasar raya hiper kompak dengan yang biasa dilihat ialah ia tidak menjual barangan bernilai tinggi seperti mesin basuh, televisyen dan lain-lain.

Selain daripada pasar raya kompak, Carrefour juga bercadang membuka kira-kira lapan buah pasar raya hiper di seluruh Malaysia. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah pelaburan yang terbabit.

Ditanya sama ada, kehadiran pasar raya kompak bakal bakal menjejaskan perniagaan pasar raya mini atau kedai runcit, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Sivakumar Haridas pula berkata, perkara berkenaan tidak boleh disalah anggap.

Ini kerana, katanya, terdapat perniagaan runcit lain membeli barangan daripada pasar raya hiper sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan mereka ekoran harga yang ditawarkan adalah murah.

Beliau berkata, perkara penting yang perlu diambil kira oleh peruncit yang berada di sekitarnya ialah bagaimana hendak menggunakan segala sumber yang ada untuk keuntungan semua pihak.

Sementara itu, Carrefour menjelaskan pihaknya akan meneruskan projek pembinaan pasar raya hiper di Kota Damansara walaupun terpaksa berdepan dengan 'masalah'.

Seorang lagi Pengarah Pemasaran dan Komunikasi syarikat itu, Low Ngai Yuen berkata, pihaknya sedang membuat perbincangan dengan pihak yang terbabit dan akan terus berbuat demikian sehingga mereka dibenarkan semula untuk meneruskan projek pembinaan.

Pembinaan pasar raya yang terletak di Seksyen 11/1, Kota Damansara, PJU5 di sini dibantah penduduk sekitar kerana kedudukannya yang didakwa terlalu hampir dengan penempatan dan juga sekolah selain terdapat dua buah pasar raya lain dalam lingkungan lima kilometer termasuk Giant yang letaknya kira-kira 500 meter dari tapak Carrefour itu.

Para penduduk di kawasan sekitar juga turut merasa ragu dengan kelulusan yang diberikan untuk pembinaan pasar raya itu kerana tapak asalnya merupakan peruntukan untuk rumah kedai. (Utusan Malaysia)

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!