AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Wednesday, March 11, 2009

Satu kejutan

KUALA LUMPUR 10 Mac - Sememangnya mengejutkan.
Namun ramai berpuas hati dengan jumlah peruntukan yang diumumkan.

Peruntukan RM60 bilion mengatasi angka unjuran kebanyakan pakar ekonomi menunjukkan keazaman kerajaan untuk benar-benar berusaha mengelakkan negara daripada terjerumus ke dalam jurang kemelesetan.

Pengumuman pakej rangsangan kedua dalam mini bajet juga disifatkan sangat komprehensif.

Namun begitu, apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah memastikan pengurusan pelaksanaan program yang dirangka itu dibuat dengan teliti untuk memastikan ia berjaya dalam jangka panjang.

Menurut Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Profesor Dr. Mahani Zainal Abidin, bajet mini itu begitu lengkap dan menyeluruh bagi membolehkan Malaysia terus bertahan dalam ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau juga menyifatkan bajet mini itu sebagai kreatif kerana meskipun jumlahnya besar tetapi ia hanya melibatkan tanggungan terus kerajaan sebanyak RM18 bilion manakala bakinya dijalankan bersama dengan seluruh sektor ekonomi.

''Saya lihat perancangan bajet mini ini dibuat dengan cukup baik kerana memberi situasi menang-menang kepada semua pihak.

''Paling penting walaupun peruntukan yang diberikan besar tetapi kerajaan hanya menanggung beban defisit fiskal 7.6 peratus pada tahun ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam yang dilihat sebagai lantang dalam memperkatakan tentang perkembangan ekonomi negara, berpuas hati dengan program yang disusun dalam bajet mini kerana ia mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh rakyat dan sektor perniagaan.

Menurutnya, bajet mini yang dibentang itu menunjukkan bahawa kerajaan begitu yakin untuk menangani kemelesetan ekonomi.

''Ini kerana program yang dirancang akan dilaksanakan dengan kerjasama rakyat dan swasta.

''Paling menarik, dalam situasi ketidaktentuan ini, Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal untuk menarik lebih banyak pelabur asing, bagi saya ia adalah luar biasa dan unik dalam situasi semasa,'' ujar beliau.

Seorang lagi pakar, Dr. Hamzaid Yahya pula berpendapat bajet mini yang dibentang cukup inovatif kerana ia tidak menyalurkan wang terus sebaliknya melalui aktiviti makro yang dilaksanakan oleh kerajaan, pengguna dan pihak swasta.

Beliau berkata, jaminan modal yang disediakan kepada industri yang terjejas berikutan keengganan pihak bank memberikan pinjaman akan memberi kelegaan golongan perniaga khususnya industri kecil dan sederhana.

Dr. Hamzaid percaya Malaysia mampu terus bertahan dalam tempoh kritikal iaitu sepanjang tahun ini dan tahun depan sekiranya kerajaan mampu melaksanakan pakej ini dengan baik.

Jelasnya, rakyat tidak perlu bimbang akan keupayaan kapasiti kerajaan untuk melaksanakan program bajet mini kerana Malaysia mempunyai pasaran domestik yang mampu menyediakan pembiayaan.

''Rakyat tidak perlu mempertikaikan isu kapasiti kerana kita memiliki cukup sumber,'' tambahnya.

Ketua Pegawai Pelaburan ASM Services Sdn. Bhd., Rusli Abu Yamin pula meramalkan pemberian diskaun RM5,000 untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua dan rebat 50 peratus kepada caj pendaratan kapal terbang akan memberi kesan segera kepada ekonomi negara.

''Bagi pembinaan dan lain-lain mungkin mengambil sedikit masa untuk dirasai kesannya,'' katanya.

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!