Filem bergenre lawak ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. dan dijadualkan mula ditayangkan di pawagam pada 9 September 2010 ini. Agak unik filem senario kali ini kerana ketiadaan Wahid yang begitu sinonim dengan senario.
Secara ringkasnya sinopsis filem ini bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa / pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan.
Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam.
Petikan trailer yang telah disediakan di laman Youtube mengenai filem senario asam garam:
Pak Adam adalah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana kualiti kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan mnculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam.
Pak Adam seterusnya mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarika mereka dan terlibat dalam rasuah. pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.
Kepada peminat kumpulan Senario dan filem melayu pastinya filem ini menjanjikan sesuatu yang menarik untuk ditonton sepanjang cuti perayaan nanti.
(Sumber rujukan : http://www.sinemamalaysia.com.my)

No comments:
Post a Comment