SANDAKAN, 26 Okt (Bernama) -- Berikut beberapa fakta mengenai pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi:
Calon: Ansari Andullah, 56 (PKR), Datuk Yong Teck Lee, 51 (SAPP), Linda Tsen Thau Lin, 54 (BN).
Hari penamaan calon: 26 Okt
Pengundian: 4 Nov
Jumlah pengundi: 25,582 (1,535 pengundi pos-pada 2 Nov) (601 pangkalan tentera laut Sandakan, 271 Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan 663 Pasukan Gerakan Am Sandakan).
Kawasan itu mempunyai 13,835 lelaki (54.08 peratus) dan 11,747 wanita (45.92 peratus) pengundi.
Komposisi etnik Bumiputera Islam 15,099 (59.02 peratus), Suluk, Bajau, Bugis, Orang Sungei dan lain-lain, Cina 9,737 (38.06 peratus) - Hakka, Kantonis dan Hokkien, Bumiputera bukan Islam 689 (2.69 peratus) - Kadazandusun dan Murut dan Indian 57 (0.22 peratus).
Pusat penamaan dan penjumlahan undi: Dewan Orang Ramai Sandakan
Pusat mengundi: 12 pusat di 11 sekolah dan satu perpustakaan wilayah, dengan 45 saluran mengundi.
Kesemua 12 pusat mengundi dibuka mulai 8pagi hingga 5petang, kecuali SK Sigulud (ditutup pada pukul 4 petang) dan SK Pulau Timbang (tutup 3petang)
Pegawai Pengurus Pilihan Raya: Hamsan Awang Supaian, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan.
Pekerja pilihan raya: 405 kakitangan.
Keluasan kawasan: 560.9 km persegi.
Keputusan pilihan raya umum Mac 2008: Datuk Edmund Chong (BN) mendapat 9,479 undi menewaskan Dr Chung Kong Wing (Bebas) 5,771 undi.
Chong menang dengan majoriti 3,708 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Chong pada 9 Okt akibat satu nahas jalan raya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment