AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Sunday, February 1, 2009

BSN turunkan BLR kepada 5.95 peratus

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan kadar pinjaman asas (BLR) akan diturunkan kepada 5.95 peratus daripada 6.50 peratus berkuat kuasa pada 3 Februari ini.

Menurutnya, BSN juga menurunkan kadar pinjaman untuk pinjaman baru bagi skim pinjaman/pembiayaan peribadi sebanyak empat peratus bagi tempoh satu hingga dua tahun, tiga hingga lima tahun (4.99 peratus), enam hingga tujuh tahun (5.50 peratus ), lapan hingga 10 tahun (5.60 peratus) dan 11 hingga 15 tahun (5.70 peratus).

Pengurus Besar BSN, Adinan Maning berkata, langkah penurunan itu adalah selaras dengan keprihatinan BSN untuk meringankan beban kewangan pelanggan-pelanggan di dalam pengurusan kewangan mereka.

''Di samping itu, langkah ini juga bertujuan untuk memastikan produk - produk dan perkhidmatan BSN adalah kompetitif dan mampu untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, selaras dengan dwi peranannya, BSN akan terus memanfaatkan dan memperkasakan kekuatan terasnya untuk menyediakan pelbagai sokongan kewangan dalam tempoh-tempoh yang sukar ketika ini.

Jelasnya, BSN masih lagi menawarkan pinjaman kepada perniagaan-perniagaan mikro yang berdaya maju atau kepada pelanggan-pelanggan yang mempunyai rekod kewangan yang memuaskan.

'' BSN sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan perkhidmatannya dan menawarkan produk yang lebih menarik untuk memastikan BSN terus kekal relevan di persada perbankan negara,'' ujarnya.

(Utusan Malaysia)

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!