AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Friday, August 29, 2008

Erra Fazira hamil dua bulan!

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira yang mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin Oktober tahun lalu kini hamil dua bulan.

Berita gembira ini disahkan kepada mStar Online yang menghubungi Emran, 33, yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM.

Erra, 34, telah mengalami keguguran sekitar Mac lalu.

Erra dan Emran dijangka bakal menimang cahaya mata Mac depan.

"Ya, memang betul Erra mengandung. Dah dua bulan. Apabila saya mengetahui berita Erra mengandung dua bulan lalu, kami ingat tak nak hebahkan kepada umum dan kecoh-kecoh. Biar keluarga sahaja yang tahu. Takut heboh awal-awal, nanti tak jadi pula.

"Tetapi, dua minggu lepas doktor dah sahkan yang kandungannya sihat dan dia bagi ubat untuk jaga kandungan Erra.

"Nampaknya, kali ini saya terpaksa beritahu juga sebab wartawan dah tahu dan tak nak sembunyikan hal ini," kata Emran dalam nada ceria.

Apabila ditanya tentang karier Erra sekarang, Emran berkata, isterinya masih aktif berlakon kerana telah mengikat kontrak dengan Astro selama setahun sejak April lalu.

"Dia masih aktif lagi dalam aktiviti seni. Lagipun, dia sudah tandatangan kontrak dengan Astro. Sekarang dia sedang jalani pengambaran sebuah telefilem untuk Astro dengan membawa watak seorang mekanik.

"Saya risau dan takut juga kerana watak sebegitu agak agresif tetapi saya dah berpesan kepadanya supaya lebih berhati-hati. Saya kena ingatkan dia banyak kali sebab dia selalu terlupa.

"Jadi, diharapkan peminat Erra dapat mendoakan kandungannya selamat dan sihat selalu sehingga dilahirkan pada tahun depan. Insya Allah...," ujar Emran yang tidak kisah jantina bayi yang bakal dilahirkan nanti dan begitu juga dengan Erra.

Tambah Emran, kalau boleh dia tak nak tahu sehingga bayi itu selamat dilahirkan, "baru surprise!".

Ditanya tentang persiapan menghadapi bulan Ramadan kali ini, Emran berkata, "Bulan puasa kami lebih bermakna pada tahun ini kerana berpuasa sebagai pasangan suami isteri dan bertiga bersama kandungan Erra.

"Erra pun dah sibuk-sibuk siapkan apa yang patut untuk Raya nanti termasuk memikirkan warna pakaian raya kami. Insya-Allah, pada Hari Raya nanti kami akan beraya di kampung saya di Pulau Pinang dan kampung Erra di Sungai Choh, Rawang, Selangor."

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!