AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Friday, August 29, 2008

Tol dikurangkan 50 peratus bagi bas, cukai jalan dikurang RM20 untuk bas/ teksi

KUALA LUMPUR 29 Ogos — Bayaran tol untuk semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, akan dikurangkan 50 peratus bagi dua tahun sementara cukai jalan bagi bas dan teksi akan dipotong sebanyak RM20 setahun bagi mengurangkan beban pengusaha bas dan teksi.

Pengurangan bayaran tol, kecuali di pintu masuk Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, akan berkuatkuasa mulai 15 Sept tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat, mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol terhadap kehilangan hasil berikutan pengurangan bayaran ini yang dianggarkan sebanyak RM45 juta setahun.

Beliau berkata, pengusaha bas akan diberikan pengecualian cukai jualan terhadap pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal Dipercepatkan.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, pemotongan cukai jalan sebanyak RM20 ialah bagi semua bas dan teksi termasuk kereta sewa pandu dan limousin.

Beliau berkata, kerajaan akan menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam sebanyak RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel.

Abdullah juga berkata, untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan pengangkutan awam.

Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 2009, kata Perdana Menteri. - Utusan

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!