AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Friday, August 29, 2008

Nenek yakin Obama tempa sejarah duduki White House

KOGELO, Kenya 29 Ogos – Nenek Barack Obama sebelah bapanya hari ini menyuarakan keyakinan cucunya itu akan menempa sejarah dengan menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS).

Sarah Obama mengikuti perkembangan terkini mengenai pemilihan rasmi Senator dari Illinois itu sebagai calon Parti Demokrat untuk merebut White House, dari rumahnya di sebuah kampung di Kenya.

“Saya yakin dia akan berjaya kerana Hillary Clinton bangkit mengisytiharkan sokongannya terhadap pencalonan Barack,” kata Sarah sejurus selepas bangun dari tidur untuk mengikuti berita mengenai ucapan cucunya pada Konvensyen Kebangsaan Demokrat di Denver, Colorado malam tadi.

“Ini soal bertolak-ansur jika kita mahu memenangi pertarungan,” kata Sarah, 86, dalam bahasa Luo sementara menunggu baterinya yang berkuasa solar dicaj semula bagi menghidupkan televisyennya.

Sewaktu Obama berucap di Denver, kampung neneknya masih diselubungi kegelapan dan kebanyakan penduduk tidak dapat menyaksikan detik bersejarah itu kerana tidak ada bekalan elektrik.

Prospek Obama menduduki White House telah menarik minat rakyat Kenya, termasuk Perdana Menteri, Raila Odinga yang menjangka kejayaan itu baik untuk benua Afrika.

Odinga juga berketurunan etnik Luo seperti bapa Obama.

Sarah ialah isteri ketiga datuk Obama, Hussein Onyango Obama.

Walaupun mereka tidak ada pertalian darah, Obama sering menyebut wanita itu sebagai neneknya. – AFP

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!