KUALA LUMPUR 29 Ogos — Rakyat Malaysia yang menikmati perkhidmatan kesihatan percuma boleh mengharapkan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik berikutan komitmen kerajaan untuk memperuntukkan RM13.7bilion bagi tujuan itu tahun depan.
Ketika membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, peruntukan itu akan diguna untuk meningkatkan kemudahan kesihatan dan menyediakan peralatan, meningkat bekalan ubatan, memajukan sumber manusia, menggiatkan kegiatan penyelidikan dan penguatkuasaan dan juga membina lebih banyak hospital, klinik dan kuarters.
Bagi mengekal perkhidmatan pakar-pakar perubatan di sektor awam, Abdullah berkata, elaun insentif kepada merekas juga akan ditingkatkan.
``Ini akan membabitkan 3,800 pakar dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta,’’ katanya.
Abdullah berkata, kerajaan akan menaikkan bayaran insentif untuk pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak.
Bagi pembantu perubatan, insentif itu dinaikkan daripada RM20 kepada RM30 bagi setiap perjalanan pergi balik manakala bagi jururawat pula daripada RM15 kepada RM30. - Utusan


No comments:
Post a Comment