AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Saturday, September 6, 2008

BN Sabah nafi khabar angin lompat parti

KOTA KINABALU: Khabar angin yang sering kedengaran bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat menyebabkan sesetengah pemimpin parti itu merasa meluat.

Khabar angin hari ini yang mengatakan tujuh parti komponen BN akan mengadakan persidangan akhbar petang tadi untuk mengumumkan penyertaan mereka, dan tidak diketahui dengan mendakwa menyebut Bernama menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai persidangan akhbar itu yang tidak wujud.

Bagi Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr. Maximus Ongkili "kita tidak boleh bertolak ansur lagi dengan berita seperti ini (menubuhkan kerajaan)."

"Khabar angin seperti ini telah menimbulkan keadan politik yang tidak stabil dan kebimbangan di kalangan orang ramai dan juga untuk keselamatan orang ramai," katanya dan menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap penyebar khabar angin yang cuba mengganggugugat kestabilan negara.

Katanya kepada Bernama di sini hari ini bahawa PBS setia dengan BN, dan soalan sama ada anggota Parlimen PBS akan menyertai PR, tidak timbul.

"Berdasarkan pada maklum balas anggota akar umbi, tidak ada tanda-tanda anggota parlimen BN terutamanya dari PBS melompat parti seperti yang didakwa oleh pembangkang," tambah beliau.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew berkata, parti itu tidak terbabit dalam sebarang perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai PR.

"Kerajaan yang ditubuhkan melalui pintu belakang adalah tidak demokratik. Kita di LDP tidak menyokong kerajaan seperti itu," katanya kepada Bernama.

Beliau berharap orang ramai tidak terpedaya dengan taktik kotor pembangkang untuk mengambil alih kerajan BN yang dipilih secara demokratik.

Timbalan Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazandusun Murut (Upko), Datuk Wilfred Bumburing juga menafikan cakap-cakap anggota Parlimennya menyertai PKR.

Bagaimanapun, Bumburing, yang juga anggota Parlimen Tuaran enggan mengulas mengenai perkara itu.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dan anggota Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui berkata isu lompat parti tidak dibincangkan dalam parti itu.

"Kita tidak pernah bincang mengenai perkara lompat parti," kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Semalam, Pengerusi Kelab Penyokong Anggota Parlimen dan anggota Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman menafikan spekulasi bahawa sesetengah anggota Parlimen BN dari Sabah akan menyertai PR mulai hari ini, sambil menyatakan bahawa "tidak ada anggota Parlimen BN Sabah termasuk dari Umno membayangan hasrat mereka untuk lompat parti". BERNAMA




No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!