AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Friday, August 29, 2008

Ahli Parlimen Sabah, Sarawak serah akujanji bersama BN kepada PM esok

KUALA LUMPUR: Pada hari Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali sebagai Ahli Parlimen, anggota Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak mengisytiharkan akan menyerahkan surat akuan taat setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan pendirian mereka untuk terus bersama Barisan Nasional (BN).

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, surat akuan yang akan ditandatangani oleh semua Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu bertujuan menyangkal dakwaan wujudnya wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

"Kami akan terus taat bersama BN walaupun ada cerita-cerita yang mengatakan kami akan melompat menyertai pembangkang.

"Ternyata itu adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata beliau pada sidang media yang turut dihadiri oleh 30 ahli Parlimen Sabah dan Sarawak di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, pendirian yang dinyatakan itu juga adalah bagi menyokong kenyataan yang pernah dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa ahli-ahli Parlimen BN akan terus bersama perikatan itu.

"Kami amat berharap agar rakyat tidak mempercayai kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada antara kami yang akan berpaling tadah.

"Kita bukan barangan, kita ada maruah dan martabat yang tak mudah untuk digadaikan," katanya.

Tambah beliau, matlamat untuk memperjuangkan kepentingan bangsa dan negara akan terus dipertahankan.

Ditanya apakah tindakan yang akan diambil sekiranya Anwar terus menerus 'menjual' nama ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bagi mencapai hasratnya membentuk kerajaan pada 16 September ini, beliau berkata, tindakan lanjut akan diambil.

"Kita akan lihat dahulu apakah asas beliau. Kita juga minta beliau (Anwar) namakan siapakah ahli Parlimen berkenaan," katanya.

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!