AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Friday, August 29, 2008

Streamyx Goes Mobile mudahkan pelanggan

PRODUK terbaru Telekom Malaysia Bhd (TM), Streamyx Goes Mobile yang dilancarkan malam kelmarin, memudahkan pemegang akaun Streamyx melayari Internet jalur lebar tanpa wayar di mana-mana saja menerusi khidmat hot-spot dan WiFi di zon Streamyx seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata dengan produk ini, TM dapat memuaskan permintaan pemegang akaun yang inginkan akses komunikasi, keperluan hiburan dan melayari Internet di mana-mana saja.

Beliau berkata, pakej Streamyx Goes Mobile berkenaan adalah ciri tambah nilai kepada Streamyx Combo dan Stremyx Standard TM.

“Ia diwujudkan berdasar permintaan mendapatkan akses seumpama itu yang meningkat. Penyelesaian terbaik adalah akses permintaan jalur lebar tanpa wayar di zon Streamyx.

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!