AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Friday, August 29, 2008

Hyundai i10 hebat, jimat

HYUNDAI-Sime Darby Motors Sdn Bhd melancarkan model kompak terbarunya, i10 berkuasa 1,100 cc dicipta untuk pasaran global termasuk beberapa teknologi yang hanya boleh didapati daripada kenderaan sedan mewah yang jauh lebih mahal.

Bersandarkan pada harga atas jalan RM48,800.80 bagi model automatik, i10 dilengkapi stereng kuasa motor umpama kenderaan premium seperti Audi dan BMW selain ciri keselamatan dipertingkatkan.
Hyundai i10 yang diklasifikasi sebagai kereta hatchback lima pintu direka Hyundai Motor Company, Korea, juga dipasarkan ke Eropah dan Amerika syarikat dengan spesifikasi sama untuk pasaran negara ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Dennis Ho, berkata i10 bakal mewujudkan standard baru bagi kereta kompak di negara ini berikutan pelbagai ciri hebat serta menjimatkan minyak.

“Kami yakin i10 akan mendapat sambutan menggalakkan berikutan reka bentuk yang unik selain menawarkan penjimatan bahan api.

“Kereta kompak terbaru ini mampu bergerak sehingga 20 kilometer bagi setiap satu liter petrol yang diisi,” katanya.

Menurut Dennis, antara ciri keselamatan i10 termaju termasuk sistem brek antikekunci, tali pinggang keselamatan dengan fungsi praregangan, beg udara berkembar untuk pemandu dan penumpang.

“Malah, model terbaru ini dilengkapi mekanisme pembuka kunci pintu automatik pengesanan impak yang membuka kunci pintu secara automatik apabila menerima impak yang kuat.

“Walaupun ia sebuah kenderaan kompak, ia menawarkan ruang yang selesa untuk penumpang termasuk memenuhi piawaian alam sekitar yang ketat,” katanya.

Hyundai i10 bagi transmisi automatik empat kelajuan dengan 67 kuasa kuda pada 5,500 rpm dan tork 99.1Nm pada 2,800 rpm.

Selain dianugerahi empat bintang dalam ujian pelanggaran oleh Euro NCAP, Hyundai turut menawarkan sistem audio yang lebih bertenaga.

Sebagai komitmen Hyundai-Sime Darby Motors kepada pelanggan, i10 ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 300,000 kilometer.

Hyundai i10 boleh didapati dengan lima pilihan iaitu Alpine Blue, Blushing Red, Stone Black, Sleek Silver dan Champange Gold.

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!