AnooX Community

Get Your Free Moneys Now!

Wednesday, August 20, 2008

BAM hukum Kien Keat-Boon Heong

KEGAGALAN di Sukan Olimpik Beijing menyaksikan dua beregu utama negara - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah 'dihukum' apabila tidak terpilih menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, bulan depan.

Pendirian itu diputuskan jurulatih, Rexy Mainaky, yang masih belum mampu memadam rasa kecewa apabila kedua-dua pasangan itu langsung gagal menjejak peringkat perebutan pingat di Beijing.

“Terus terang saya katakan, saya akan keluarkan mereka daripada Terbuka Jepun. Saya akan memberi tumpuan kepada pasangan menyerlah pada Terbuka Singapura dan Indonesia kerana itu yang saya lihat terbaik pada masa kini,” katanya, semalam.


Ia bermakna pasangan yang bakal mengetuai cabaran negara pada kejohanan Siri Super Dunia terawal selepas Sukan Olimpik itu nanti ialah gandingan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif.

Senarai pemain untuk kejohanan itu sudah pun diserahkan Rexy kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tanpa ada nama empat pemain itu di dalamnya.

Malah, Rexy turut membayangkan betapa cabaran Kien Keat-Boon Heong dan Tan Fook-Wan Wah, ibarat dibekukan sehingga nasib mereka ditentukan Jawatankuasa Teknikal dan Kejurulatihan BAM, tidak lama lagi.

Ia termasuk kemungkinan memecahkan gandingan Kien Keat bersama Boon Heong ekoran daripada pelbagai masalah yang sehingga kini dianggap ‘belum dapat diselesaikan.’

“Pada 2007 mereka mempamer aksi cemerlang tetapi terus gagal pada tahun ini. Kami sudah melakukan semua usaha untuk mengatasi kelemahan dan kecergasan tetapi masih ada masalah.

“Maka, ini (rombakan) penyelesaian waktu ini sekalipun belum mendapat kata putus akhir. Tetapi saya pasti, 90 peratus, ia bakal dilaksanakan,” katanya.

No comments:

Mari-mari join Hqbux

Latest News

Book yours now!